Chelsea catat kemenangan, sedia tumbangkan Man Utd


Carlo Ancelotti mahu persembahan memberangsangkan anak buahnya ketika mencatat kemenangan dalam Liga Juara - Juara menewaskan Copenhagen 2-0 diulang dalam pertemuan dengan Manchester United minggu depan.

Chelsea berada pada landasan yang selesa untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara - Juara serta mengurangkan tekanan yang dihadapi Ancelotti. Nicolas Anelka berjaya mengekalkan harapan Chelsea untuk mengecapi trofi musim ini melalui dua jaringan emas.

Chelsea bernasib baik selepas Tottenham tewas 3-1 di tangan Blackpool sekali gus memberi ruang kepada Chelsea untuk merampas tempat ke-4 liga sekiranya berjaya menundukkan United minggu depan.

"Kami tidak perlu gembira dengan kekalahan Tottenham tetapi ianya berita yang baik. Sekarang kami akan berdepan United dan cuba untuk mengekalkan prestasi yang sama," kata Ancelotti.

Selain itu, Ancelotti turut memuji Fernando Torres yang berjaya membuat beberapa pergerakan menarik bersama Anelka dan percaya pemain kebangsaan Sepanyol itu mampu menjaringkan gol pada perlawanan berikutnya.

Posted by ghafur on 3:03 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Chelsea catat kemenangan, sedia tumbangkan Man Utd

Leave comment